Sunday 18 March 2012

Ujian Diagnostik 1 Tahun 6

Contoh jawapan murid 6B dalam Bahagian A Ujian Diagnostik 1 2012
Contoh 5 ayat murid 1:
1.Murid-murid beratur dengan tertib untuk menunggu giliran mereka menaiki bas.
2.Chee Meng membeli aiskrim yang sedap itu daripada Pak Ali di tepi pagar.
3.Pak Ali menghulurkan sebatang aiskrim kepada Chee Meng selepas dia membayar harga.
4.Zhi Wei dan adiknya melintas jalan raya yang sibuk itu dengan berhati-hati.
5.Shi Ying melambai-lambaikan tangan kepada guru kelasnya sebelum pulang ke rumah.

Contoh 5 ayat murid 2:
1.Ah Chong menuntun basikal baharunya untuk pulang ke rumah.
2.Murid-murid beratur dengan tertib untuk menaiki bas sekolah.
3.Ramai murid suka membeli aiskrim Pak Ali kerana harganya berpatutan.
4.Encik Lim mengawal lalu lintas untuk menjaga keselamatan murid.
5.Bapa Ah Seng memberhentikan motosikalnya lalu memberikan topi keledar kepada Ah Seng .