Friday 27 April 2012

Johan dan Naib Johan Pertandingan Menulis Kata kerja

Johan:kumpulan Sakai.Tahniah!


 Naib Johan:kumpulan Uranus.Tahniah!

Latihan Nilai Murni 2

Berdasarkan ayat-ayat berikut,nyatakan nilai murni yang sesuai.

1. Kim Seng membantu orang tua melintas jalan raya.
    _________________________________________

2. Ramesh menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya.
    ______________________________________________

3. David memberi tempat duduk kepada wanita yang hamil itu.
    ________________________________________________

4. Alice tidak pernah bercakap bohong kepada ibunya.
    _________________________________________

5. Azmi menunggang basikal dengan berhati-hati.
    ______________________________________

6. Chung mengelap meja yang kotor.
    ____________________________

7. Janus mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
    _______________________________________

8. Encik Ho melawat jirannya yang sakit di hospital.
    ________________________________________

9. Julia dan adiknya membawa bekalan makanan ke sekolah setiap hari.
   ________________________________________________________

10. Jun Rong tidak membeli makanan ringan di kantin.
      _________________________________________

  

Monday 23 April 2012

Latihan Nilai Murni 1

Berdasarkan ayat-ayat berikut,nyatakan nilai murni yang sesuai.

1. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
   ______________________________________________

2. Ali membantu bapanya mencuci kereta pada hujung minggu.
    ________________________________________________

3. Siti mengucapkan terima kasih semasa menerima hadiah daripada Cikgu Lee.
    _____________________________________________________________.

4. Kakak menyimpan wang sakunya di dalam tabung.
    ________________________________________

5. Pekerja kantin membuang sampah ke dalam tong sampah.
    ______________________________________________

6. Kim Seng membaca buku cerita sementara menanti bas tiba.
    ________________________________________________

7. Raju memimpin orang buta melintas jalan raya yang sibuk.
    _______________________________________________

8. Faizal dan abangnya berjoging di taman rekreasi setiap pagi.
    _______________________________________________

9. Encik Lim menyumbangkan RM 200 kepada mangsa banjir .
    ________________________________________________

10. Murid-murid berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.
      __________________________________________________

Saturday 21 April 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Untuk BM Tahun 6




Rancangan Pengajaran Harian





Tarikh/Hari :    5 April 2012( Khamis)                         Masa :8:30pagi---9.00pagi


Kelas :               6B                                                        Bil. Pelajar : 40 orang


Mata Pelajaran :   Bahasa Melayu


Tajuk :  Taman Rekreasi


Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat:


1.      Menyatakan aktiviti atau kata kerja yang terdapat dalam gambar..


2.      Menggunakan kata hubung untuk membina ayat majmuk.


3.      Membina ayat majmuk yang gramatis.


Fokus Utama :7.1 Aras 2(i) Menjelaskan maksud tersurat berdasarkan bahan grafik.


Fokus sampingan:8.1 Aras 3(i) Membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.    


Pengetahuan Sedia Ada :


                1.Murid telah pernah berkunjung ke taman permainan.


                2.Murid telah mempelajari kata hubung.


                3.Murid telah dapat membina ayat tunggal.


Konsep : Kata hubung,ayat tunggal dan ayat majmuk.


Bahan : kad-kad  perkataan,,gambar, kertas manila,pen marker.


Nilai : Menjaga kesihatan, bekerjasama.


Tatabahasa : Kata kerja (mengayun meluncur bermain membaca berkejar-kejaran)


                     Kata hubung (untuk kerana sambil manakala)  


Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir: menjana idea dan menghubungkait idea.
Kemahiran melihat,mendengar dan menulis.         


Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti   Pengajaran
Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Set Induksi
( 3 minit )

Kata Hubung

1.Guru menyoal tentang kata hubung yang telah dipelajari


2.Guru bertanya tentang kegunaan kata hubung dalam ayat.

1.Murid angkat tangan untuk memberikan respon.

2.Murid menjawab kegunaan kata hubung iaitu untuk menyambungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Contoh kata hubung yang diberi:
untuk ,dan,kerana,
sambil dsb.


Langkah 1
(4minit)









Membina ayat majmuk dengan kata hubung yang telah dipelajari.


1.Guru menunjukkan satu ayat tunggal pada papan tulis.

2.Guru meminta murid membina ayat majmuk dengan kata hubung yang ditunjukkan.

 3. Guru membimbing murid membina ayat majmuk dengan kata hubung tertentu.





1.Murid perhatikan ayat dan cuba berfikir ayat majmuk yang boleh dibina.


3.Murid cuba membina ayat majmuk dan guru membantu.



Contoh ayat tunggal:
Ali membaca buku  di perpustakaan.

Ayat majmuk:

Ali membaca buku di perpustakaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Langkah 2
(8minit)

Menyenarai aktiviti dalam gambar.

1. Guru menampalkan gambar taman permainan pada papan tulis.

2.Guru mengarahkan murid  perhatikan gambar dan menulis aktiviti yang terdapat dalam gambar.

3.Guru berbincang dengan murid tentang aktiviti dalam gambar.


1.Murid perhatikan gambar .



2.Murid tampil ke depan untuk menulis jawapan pada papan tulis.


3.Murid mendengar penerangan guru.

Gambar taman permainan ditampalkan.

Aktiviti dalam gambar:
~mengayun buaian
~meluncur papan gelongsor
~membaca buku
~berkejar-kejaran
~bermain layang-layang.


Langkah 3
(8minit)


Membina ayat majmuk dalam kumpulan


1.Guru mengedarkan kertas manila dan mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan.

2.Guru memberikan keterangan.

3.Guru meronda dan memberi bimbingan di mana perlu.



1.Murid duduk dalam kumpulan untuk mengadakan perbincangan.

2.Murid berbincang dan membina ayat majmuk berpandukan gambar.

3.Ketua kumpulan menulis ayat majmuk pada kertas manila.


Langkah 4
(5 minit)

Membentang hasil perbincangan

1.Guru mengumpul hasil perbincangan murid.

 2. Guru menampalkan hasil perbincangan kumpulan pada papan tulis untuk tatapan bersama.

3.Guru berbincang bersama murid dan membetulkan kesilapan ayat.

1. Murid membaca ayat-ayat yang dibina oleh kawan.

 2.Murid mendengar penerangan guru dan membetulkan kesilapan ayat bersama-sama.

Menjana idea

Perbincangan
kumpulan

Penutup
(2 minit)

Membuat rumusan pelajaran.

1. Guru membuat kesimpulan dan penutup kognitif.

2. Guru memberi tugasan bina ayat sebagai pengukuhan di rumah.                             

1. Murid mendengar rumusan guru.

2.Murid diberi lembaran kerja bina lima ayat berpandukan   gambar taman permainan senagai kerja rumah.

Lembaran Kerja diberi sebagai latihan pengukuhan.





Impak/Refleksi :  Didapati suasana agak bising semasa sesi perbincangan.Terdapat juga murid yang tidak bergerak aktif semasa aktiviti berbincang.40/40 murid menguasai kemahiran membina ayat majmuk dengan kata hubung.Latihan pengayaan akan diberi.


Latihan pengukuhan murid
Bina lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.




Thursday 19 April 2012

Di Taman Permainan

 Berikut ini disenaraikan beberapa contoh ayat majmuk yang dibina oleh murid-murid 6B:

1. Ali dan adiknya mengayun buaian di taman rekreasi yang terletak berhampiran dengan rumah mereka.

2. Emak Ali duduk berehat manakala bapanya membaca surat khabar di bawah pokok yang rendang.

3.Priya dan rakan-rakannya meluncur papan gelongsor dengan mengikut giliran.

4.Mei Mei dan Siti bermain jongkang-jongket sambil berbual-bual dengan perasaan gembira.

5. Encik Chong berjoging di taman permainan untuk menyihatkan badannya.

6. Ah Chong bermain layang-layang apabila angin bertiup kencang.

7. Puan Wong dan Puan Lim berbual-bual tentang pelajaran anak mereka.

8.Faizal bersenam di taman rekreasi untuk menjaga kesihatannya.

Ayat Majmuk

Untuk memperoleh markah yang tinggi dalam Bahagian A (Bina 5 ayat) kertas 2 Bahasa Melayu UPSR, murid-murid digalakkan membina ayat majmuk yang gramatis dengan perluasan subjek dan predikat serta penggunaan kata hubung yang sesuai.

Berikut ini disertakan beberapa contoh penggunaan kata hubung dalam ayat majmuk.

1. Mei Ling yang berkaca mata itu membaca buku cerita di bilik bacaan.

2. Abang saya melayari internet untuk mencari maklumat tentang hidupan laut.

3. Bapa membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini yang berlaku di dalam dan di luar   negara.

4. Datuk duduk berehat di sofa sambil menonton rancangan televisyen yang menarik.

5. Siti membaca majalah yang dipinjam dari perpustakaan sementara menunggu bas tiba.

6. Bapa mengajar adik berenang manakala emak sibuk menghidangkan makanan di pantai.

7. Raju menunggang basikal  dengan berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri.

8. Murid-murid mencuci tangan sebelum menikmati makanan di kantin.

9. Puan Wong dan Puan Minah berbual-bual tentang pelajaran anak mereka.

10. Guru Besar menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Latihan Bina Ayat 5

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Contoh Jawapan Bina Ayat 5

1.Beberapa orang pemuda berjoging di taman rekreasi untuk menyihatkan badan.
2.Cik Wong yang memakai topi keledar itu menunggang basikal dengan berhati-hati.
3.Puan Lim dan jirannya duduk berehat di atas bangku sambil berbual-bual dengan gembiranya.
4. Julia bermain layang-layang apabila angin bertiup dengan kencangnya.
5.Ali dan adiknya mendayung sampan manakala bapa memancing ikan di tepi tasik.

Latihan Bina Ayat 4

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Contoh Jawapan Bina Ayat 4

1.Emak melipat pakaian yang telah kering sebelum disimpan di dalam almari.
2.Siti mengajar adiknya membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
3.Bapa membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini.
4.Kakak menatang secawan air menuju ke ruang tamu untuk diberi kepada bapa.
5.Abang berdiri di atas bangku untuk menggantungkan gambar pada dinding ruang tamu.

Latihan Bina Ayat 3

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Contoh Jawapan Bina Ayat 3

1.Kakak menyiang ikan merah yang baru dibeli dari pasar dengan sebilah pisau yang tajam.
2.Emak menggoreng sayur sawi yang segar untuk hidangan makan malam.
3.Siew Ling mengupas bawang dengan berhati-hati agar tangannya tidak tercedera.
4. Abang menggunakan kain buruk untuk mengelap meja makan supaya kelihatan bersih.
5.Tong Heng mencuci pinggan mangkuk dengan cecair pencuci mangkuk yang berjenama. .

Latihan Bina Ayat 2

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Contoh Jawapan Bina Ayat 2
1. Ailing dan Ah Chong bermain bola dengan gembira di halaman rumah.
2.Bapa sibuk mencuci kereta kesayangannya manakala abang membantu memberus tayar kereta.
3.Kakak menyapu sampah untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
4. Emak menyiram pokok bunga yang ditanamnya supaya kelihatan segar dan subur.
5. Nenek duduk berehat di tangga sambil memerhatikan anak cucunya menjalankan aktiviti.

Sunday 15 April 2012

Latihan Bina Ayat 1

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


Contoh Jawapan Bina Ayat 1
1. Pak Ali menyiram pokok bunga supaya pokok bunga tumbuh subur dan kelihatan segar.
2. Yi Qian membuang sampah ke dalam tong sampah untuk menjaga kebersihan taman.
3. Beberapa orang budak meluncur papan gelongsor  mengikut giliran masing-masing.
4. Mei Mei dan Ah Seng bermain bola manakala Jun Rong dan adiknya bermain jongkang-jongket .
5. Pak Abu yang bertopi itu menjual aiskrim di taman permainan.



Saturday 14 April 2012

Latihan 1 (Kata Hubung)

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

( manakala, sejak, sementara, kerana, kecuali, untuk, atau, supaya, tetapi, jika )

1. Aini menjadi pendiam _______________ kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan.

2. Abang saya  menggemari kebanyakan buah-buahan_____________durian.

3. Ali membaca buku cerita yang menarik ________________ menunggu bas tiba.

4. Kakak menghidangkan makanan ______________ adik membina istana pasir di pantai.

5. Mei Lee pandai bermain piano _____________ tidak pandai menyanyi.

6. Janet belum membuat keputusan sama ada dia akan ke Kuala Lumpur _________ tidak.

7.Ramlah akan melancong ke Langkawi _________ dia mempunyai wang yang mencukupi.

8. Kok Seng dimarahi gurunya _____________ dia selalu datang lambat ke sekolah.

9. Cikgu Tan selalu menasihati murid-murid ____________ rajin belajar.

10. Tujuan diadakan pertandingan bercerita adalah ___________ mencungkil bakat murid.