Wednesday 30 May 2012

Latihan : Kata Hubung

Pilih dan isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

( walaupun   supaya   kerana   tentang   untuk   melainkan   sehingga
   manakala   sementara   sambil   sebelum    ketika   selepas   sekiranya   )

1. Ampaian itu akan dicat ______________ tidak mudah berkarat.
2. Janganlah sentuh suis elektrik ____________ tangan kamu basah.
3. Dia gemar membaca ______________ adiknya pula suka mengumpul setem.
4. Puan Minah menjemur pakaian pada setiap hari ____________ hari hujan.
5. Mereka sedang berbincang ______________cara mengatasi masalah yang dihadapi.
6. Semua murid menumpukan perhatian ____________ guru mengajar.
7. Kami membaca buku cerita _____________ menunggu guru masuk ke kelas.
8. Lif itu tidak boleh digunakan hari ini ____________ sudah rosak.
9. Resit tidak akan dikeluarkan ____________ bayaran dibuat.
10. Dia masih dahaga ______________ telah menghabiskan segelas air tadi.

Contoh Karangan 3: Ke Dusun Buah-buahan


           Karangan 3: Ke Dusun Buah-buahan

       Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
          Setibanya di destinasi,datuk menyambut kami dengan tangan terbuka.Kemudian,beliau membawa kami melawat dusunnya.Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk.Antaranya termasuklah pokok durian,pokok manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
         Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah durian sungguh harum dan enak.Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan galah yang panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat.
          Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek buah durian untuk kami.Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
          Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan.Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.
           Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.

Friday 18 May 2012

Ribuan Terima kasih

Cikgu Tan ingin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid kerana memberikan hadiah dan kad ucapan Hari Guru kepada cikgu.Cikgu Tan menghargai setiap pemberian murid.Terima kasih!Cikgu Tan berharap agar murid-murid dapat belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Rajin berusaha tangga kejayaan!...jiayou...jiayou!

                                                                    Hadiah Hari Guru

Saturday 12 May 2012

Selamat Hari Guru

Tema Hari Guru 2012:
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Wednesday 9 May 2012

Bahagian C (Ujian Diagnostik 2)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

      Encik Chan ialah seorang pemandu teksi.Dia bekerja setiap hari untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.Encik Chan merupakan seorang pemandu teksi yang baik.Dia tidak pernah mengambil kesempatan atau mengenakan tambang yang terlalu tinggi kepada penumpang teksinya.
      Pada suatu hari,Encik Chan telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya.Encik Lim dan keluarganya telah melawat Encik Chan di hospital.Mereka membawa sebakul buah-buahan sebagai buah tangan.Encik Lim bertanya khabar Encik Chan.Beliau juga menasihati Encik Chan supaya mengikut nasihat doktor dengan memakan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.
      Encik Chan mengucapkan terima kasih kepada Encik Lim dan keluarganya kerana sudi meluangkan masa untuk melawatnya di hospital.

Contoh Jawapan:
       Kita hendaklah bertanggungjawab seperti Encik Chan bekerja setiap hari untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.Seterusnya,kita patut prihatin seperti Encik Lim dan keluarganya melawat Encik Chan di hospital.Selain itu,kita juga perlu bermurah hati seperti Encik Lim dan keluarganya membawa sebakul buah-buahan sebagai buah tangan semasa melawat Encik Chan di hospital.Akhir sekali,kita patut berbudi bahasa seperti Encik Chan mengucapkan terima kasih kepada Encik Lim dan keluarganya yang sudi melawatnya di hospital.

Bahagian A (Bina 5 Ayat)

Berikut ini ialah kertas Ujian Diagnostik 2 BM Kertas 2
Soalan Ujian Diagnostik 2 (Mei) Tahun 6 2012





Contoh jawapan murid:
1.Encik Lee duduk di atas bangku sambil membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini.
2.Ah Seng minum jus oren untuk menghilangkan dahaga manakala adiknya menikmati setongkol
   jagung yang enak.
3.Faizal dan kawannya menunggang basikal dengan berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri.
4.Ali dan adiknya mengayun buaian sambil berbual-bual dengan gembiranya.
5.Encik Wong dan isterinya berjoging di taman rekreasi untuk menyihatkan badan.

Sunday 6 May 2012

Aktiviti Murid dalam Bilik Darjah

Murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Pertandingan Membina Ayat

Berikut ini disenaraikan ayat majmuk yang dibina oleh murid-murid 6B dalam Pertandingan Membina Ayat dengan kata kerja antara kumpulan tempoh hari. Tahniah!!

1.Abang saya melayari internet dengan komputer ribanya untuk mencari maklumat.
2.Emak yang bercermin mata membaca surat khabar di ruang tamu untuk mengetahui berita terkini.
3.Nenek dan datuk duduk berehat di atas sofa sambil menonton rancangan televisyen yang menarik.
4.Lili yang rajin mengulang kaji pelajarannya untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
5.Adik bongsu saya yang comel itu bermain anak patung dengan gembiranya.
6.Kakak berhati-hati semasa menjahit baju yang koyak itu dengan mesin jahit.
7.Siew Leng menyapu dedaun kering agar halaman rumah kelihatan bersih.
8.Ali membersihkan longkang yang tersumbat agar nyamuk tidak membiak.
9.Emak menanam pokok bunga yang cantik untuk mengindahkan kawasan rumah.
10.Abu menolong ibu menyiram pokok bunga supaya kelihatan segar dan subur.
11.Ibu menyidai pakaian yang baru dicucinya di ampaian ketika cuaca panas.
12.Ali dan adiknya menikmati kuih-muih yang terhidang di atas meja.
13.Kakak menyiang ikan yang segar sebelum dimasak kari untuk makan malam.
14.Bapa minum segelas jus oren untuk menghilangkan kehausannya.
15.Aileng membantu ibunya menghidangkan makanan yang enak dan berkhasiat.
16.Ali menghias ruang tamu dengan belon-belon yang berwarna-warni.
17.Siti  menggunakan pisau yang tajam untuk menghiris bawang.
18.Emak mereneh sup ayam manakala kakak menggoreng ikan di dapur.
19.Faizal dan adiknya membaca novel yang menarik untuk mengisi masa lapang mereka.
20.Ibu saya memotong sayur-sayuran yang segar dengan berhati-hati supaya tidak tercedera.

Saturday 5 May 2012

Perhatian untuk murid-murid

Ada murid yang bertanya kepada Cikgu Tan di mana letaknya contoh bina ayat dalam blog ini.
Murid-murid,click older posts di bawah sebelah kanan,murid-murid boleh layari bahan-bahan yang cikgu postkan sebelum ini.Cikgu akan cuba membuat page tersendiri untuk latihan tertentu untuk kemudahan murid-murid kemudian.Bersabarlah,murid-murid!
Syabas,murid-murid 6B!

Latihan Nilai Murni 3 (UPSR 2009)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

      Kita harus sedar bahawa sekolah ialah tempat untuk menuntut ilmu.Sebagai murid,kita mesti memberikan perhatian semasa guru mengajar.Dengan cara ni,kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar.
      Kerja rumah yang diberikan oleh guru perlulah disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Kita juga perlu membuat banyak latihan untuk menambahkan kefahaman.Sekiranya kita menghadapi masalah,bertanyalah kepada guru atau rakan-rakan.Selain itu,kita perlu belajar mengikut jadual waktu yang dietapkan.
     Melalui cara ini,kita akan memperoleh kejayaan.Apabila berjaya,jangan sekali-kali kita melupakan jasa ibu bapa dan guru-guru.

Contoh Jawapan:

     Kita hendaklah berdisiplin dengan memberikan perhatian semasa guru mengajar.Kita juga patut bertanggungjawab dengan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.Selain itu,kita juga perlu rajin dengan membuat banyak latihan untuk menambahkan kefahaman.Di samping itu,kita mesti mengenang budi dengan tidak melupakan jasa ibu bapa dan guru-guru apabila kita berjaya.

Friday 4 May 2012

Jawapan untuk Latihan Nilai Murni 1 dan 2

Murid-murid,inilah  contoh jawapan untuk latihan.Semaklah jawapan !
Tahniah  diucapkan  jika murid telah menjawab soalan dengan tepat.Kalau salah jawab,gandakan usaha kamu!Jangan putus asa ya!
Malaysia BOLEH!Murid-murid Cikgu Tan juga BOLEH!

Berikut ini disertakan contoh jawapan

Latihan Nilai Murni 1:                                           Latihan Nilai Murni 2:

1.berdisiplin                                                          1.baik hati
2.rajin/bertanggungjawab/bertimbang rasa          2.menjaga keselamatan
3.berbudi bahasa                                                   3.bertimbang rasa
4.berjimat cermat                                                  4.jujur
5.menjaga kebersihan                                           5.menjaga keselamatan
6.menghargai masa                                               6.menjaga kebersihan
7.prihatin/baik hati                                                7.rajin
8.menjaga kesihatan                                              8.prihatin
9.murah hati                                                           9.berjimat cermat
10.cinta akan negara                                              10.menjaga kesihatan

Contoh Karangan 2:Kegunaan Komputer

           Komputer merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan teknologi.Komputer mempunyai banyak kegunaannya.
           Kita boleh melayari internet dengan komputer.Melalui internet,kita boleh melayari pelbagai laman web unruk memperoleh maklumat.Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kita.Dengan itu,kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
           Selain itu,kita boleh menggunakan komputer untuk menulis laporan dan membuat projek kerja sekolah.Laporan yang ditaip dengan komputer boleh disimpan,dibetulkan dan dicetak.Data-data yang disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.Semua ini menjimatkan masa dan memudahkan kerja kita.
            Di sekolah,guru menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran.Grafik dan illustrasi yang beranimasi dan berwarna-warni menarik minat murid-murid.Dengan itu,murid-murid boleh menguasai kemahiran dengan baik.Justeru,mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
           Kita juga boleh mendapat hiburan dengan komputer.Untuk mengurangkan tekanan hidup dan menghiburkan diri,kita boleh menonton video,mendengar muzik dan bermain permainan komputer.Selain itu,kita juga boleh menggunakan komputer untuk menghubungi kawan-kawan dan berbual-bual dengan mereka yang jauh dengan rangkaian sosial Facebook.
           Kesimpulannya,komputer memberi banyak manfaat kepada kita.Komputer menjadikan hidup kita lebih selesa dan bermakna.
          

Contoh Karangan 1:Aku sebuah Komputer Riba

Karangan ini ditulis oleh murid 6D(2011):Sia Wei Cong.

           Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Johor Bahru.Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.Aku merupakan hasil ciptaan canggih pada era kemajuan sains dan teknologi.
            Selepas siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak.aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai komputer dengan lori yang besar.Aku dipamerkan di dalam almari kaca.Aku diletakkan tanda harga RM 2499.Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.
            Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah.Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.
          Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan aku untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian dan sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.
           Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap hujung minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.
            Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku.Aku berjanji akan terus berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.