Karangan 12 : Aku Sebuah Telefon Bimbit
Aku sebuah telefon bimbit yang canggih.Aku bernama
Samsung Galaxy S5 dan aku berwarna hitam.Aku dilahirkan di sebuah kilang
elektronik yang terletak di Senai, Johor.
Setelah siap dibuat,aku diletakkan di dalam sebuah kotak.Selepas itu,
aku dihantar ke sebuah kedai
telekomunikasi di Skudai.Aku berharga RM1800.Aku berkenalan dengan rakan-rakan seperti Oppo,Sony,Iphone dan sebagainya.Aku dan rakan-rakan dipamerkan di dalam
almari kaca.Kami menunggu tuan kami dengan sabarnya.
Pada suatu hari,seorang wanita
berkunjung ke kedai tersebut.Beliau ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya
sebagai hadiah hari jadi.Beliau membelek-belek aku dan mencuba beberapa fungsi aku yang canggih. Beliau tertarik oleh
keanggunan aku lalu membeli aku.Aku dibawa pulang ke rumahnya.
Tuan aku bernama Anis.Dia pemuda yang
rajin dan bertanggungjawab.Anis menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak
yang penuh.Anis membawa aku ke pejabat semasa bekerja.Rakan Anis memuji
kecanggihan aku. Aku berasa bangga dan aku suka akan tuan aku.
Anis
menggunakan aku untuk berhubung dengan kawannya.Aku juga digunakan untuk
melayari Internet.Anis selalu menggunakan aku untuk menghantar pesanan ringkas
kepada kawan-kawannya.Dia juga bermain permainan komputer atas talian untuk
melapangkan fikirannya.
Tuan
aku menggunakan aku dengan cermat.Aku bersyukur kerana mempunyai tuan yang
baik.Aku akan terus berkhidmat untuk tuan aku.