Wednesday, 30 May 2012
Contoh Karangan 3: Ke Dusun Buah-buahan
Karangan 3: Ke Dusun Buah-buahan
Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Setibanya di destinasi,datuk menyambut kami dengan tangan terbuka.Kemudian,beliau membawa kami melawat dusunnya.Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk.Antaranya termasuklah pokok durian,pokok manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah durian sungguh harum dan enak.Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan galah yang panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat.
Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek buah durian untuk kami.Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan.Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.
Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best
ReplyDeletesaya sun sama
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTq
Deletesgt m'mbantu
ReplyDeletesgt m'mbantu
ReplyDeleteMbamtu giler mmpos
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenakjubkan
ReplyDeleteMenakjubkan
ReplyDeleteSaya save ya karangan ni,tq��
ReplyDeleteReally a good and a simple essay for kids.... thanks
ReplyDeleteMenakjubkan
ReplyDeletesimple and nice.good
ReplyDeletegood
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteTerima kasih sebab karangan ni anak saya siap kerja sekolah
ReplyDeleteSaya love karangan ni
ReplyDeleteRasa ngantuk juga baca karangan dalam fon
ReplyDelete