Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Yuan Ni menaiki bas ke hospital.Dia ingin melawat kawannya,Salmi yang terlantar di hospital kerana kemalangan.Yuan Ni membawa buah tangan semasa melawat Salmi di hospital.
Ketika sampai di hospital,seorang jururawat sedang memberikan ubat kepada Salmi.Setelah selesai makan ubat,Salmi bersalaman dengan Yuan Ni.Salmi mengucapkan terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang menziarahinya.Kemudian,Yuan Ni menolong mengupas buah epal untuk Salmi.
Tidak lama kemudian,guru serta kawan-kawan lain tiba.Yuan Ni dan Salmi bersalaman dengan mereka.Salmi menceritakan peristiwa kemalangan yang menimpanya tempoh hari kepada guru an rakan-rakannya.Pada hari kemalangan,sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju oleh seorang pemuda merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.Guru-guru dan rakan-rakan berharap agar Salmi akan cepat sembuh.
Contoh Ulasan:
Kita patut prihatin seperti Yuan Ni melawat kawannya,Salmi yang terlantar di hospital kerana kemalangan.Seterusnya,kita perlu murah hati dengan membawa buah tangan semasa melawat kawan di hospital.Selain itu,kita hendaklah berbudi bahasa seperti Salmi mengucapkan terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang menziarahinya.Akhir sekali,kita perlu menjaga keselamatan dengan tidak mencontohi pemuda yang menunggang motosikal dengan laju lalu merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.
No comments:
Post a Comment