Thursday 19 April 2012

Ayat Majmuk

Untuk memperoleh markah yang tinggi dalam Bahagian A (Bina 5 ayat) kertas 2 Bahasa Melayu UPSR, murid-murid digalakkan membina ayat majmuk yang gramatis dengan perluasan subjek dan predikat serta penggunaan kata hubung yang sesuai.

Berikut ini disertakan beberapa contoh penggunaan kata hubung dalam ayat majmuk.

1. Mei Ling yang berkaca mata itu membaca buku cerita di bilik bacaan.

2. Abang saya melayari internet untuk mencari maklumat tentang hidupan laut.

3. Bapa membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini yang berlaku di dalam dan di luar   negara.

4. Datuk duduk berehat di sofa sambil menonton rancangan televisyen yang menarik.

5. Siti membaca majalah yang dipinjam dari perpustakaan sementara menunggu bas tiba.

6. Bapa mengajar adik berenang manakala emak sibuk menghidangkan makanan di pantai.

7. Raju menunggang basikal  dengan berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri.

8. Murid-murid mencuci tangan sebelum menikmati makanan di kantin.

9. Puan Wong dan Puan Minah berbual-bual tentang pelajaran anak mereka.

10. Guru Besar menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

7 comments: