Friday 31 August 2012

Contoh Karangan 10 : Berkelah di Pantai


                                                       Karangan 10: Berkelah di Pantai
          Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson.Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.
            Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami menolong mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.
            Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian renang.Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak berenang dengan gembira.Abang pula belajar menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik tidak pandai berenang,dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai.
            Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.
            Kemudian,kami bermain bola tampar di pantai.Pemandangan di pantai indah nian.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.
            Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan pantai.Selepas itu,kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang menyeronokkan.

Contoh Karangan 9:Hari Penyampaian Hadiah


                                                    Karangan 9 : Hari Penyampaian Hadiah

           Pada hari Ahad yang lalu,sekolah saya telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah.Majlis tersebut telah diadakan di dewan kuliah sekolah saya yang berhawa dingin.
            Tujuan diadakan Hari Penyampaian Hadiah adalah untuk menghargai pencapaian murid-murid di sekolah.Pada hari tersebut,semua ibu bapa dijemput hadir ke sekolah.Dewan dan pentas telah dihias dengan belon-belon yang berwarna-warni.Suasana di dewan riuh-rendah dan meriah.
            Pada mulanya,Guru Besar menyampaikan ucapannya.Beliau mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan para tetamu.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan menasihati murid-murid yang lain  agar rajin berusaha dan jangan berputus asa.
           Selepas itu,murid-murid menyampaikan persembahan.Ada murid yang berlakon,menyanyi dan menari.Persembahan mereka sungguh menarik.Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.
            Kemudian,Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.Murid-murid kelihatan bangga dan gembira.Saya juga berpeluang naik ke pentas untuk menerima hadiah.Kami juga bergambar bersama Guru Besar sebagai kenangan selepas menerima hadiah.
            Sebelum bersurai,para hadirin dijemput menjamu selera di kantin.Saya berasa gembira dan bersyukur kerana mendapat hadiah cemerlang pada hari yang mulia ini.Saya berjanji akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Terima kasih!

Cikgu Tan ingin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang melayari blog cikgu.Didapati ramai murid yang suka akan karangan yang cikgu tulis...terima kasih!Kebelakangan ini cikgu sibuk mengendalikan urusan sekolah,oleh itu tiada masa mengemaskinikan blog cikgu.Peperiksaan UPSR akan menjelang beberapa hari lagi,di sini Cikgu Tan ingin mengucapkan selamat mencuba kepada murid-murid tahun 6 dan diharap murid-murid dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti terutamanya mata pelajaran BM!...semoga berjaya...ikhlas daripada Cikgu Tan!

Thursday 19 July 2012

Contoh karangan 8 : Perpustakaan Sekolah Saya


                                             Karangan 8 : Perpustakaan Sekolah Saya

            Di sekolah saya terdapat sebuah perpustakaan yang besar dan luas.Perpustakaan sekolah saya berhawa dingin dan beroperasi setiap hari.
            Terdapat pelbagai bahan bacaan di perpustakaan sekolah saya.Bahan bacaan tersebut termasuklah buku cerita,buku rujukan,majalah,ensiklopedia dan sebagainya.Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak dan di dalam almari.
            Pada waktu rehat,murid-murid berkunjung ke perpustakaan untuk meminjam dan memulangkan buku.Ada juga murid yang membuat rujukan,membaca dan mengulang kaji pelajaran di sana.Selain itu, murid-murid juga boleh melayari internet di perpustakaan untuk mencari maklumat.
            Semasa berada di perpustakaan,kita mesti mematuhi peraturan perpustakaan.Kita patut senyap supaya tidak mengganggu murid-murid lain.Sesiapa yang lewat memulangkan buku akan didenda.Kita juga patut menjaga kebersihan dan menghargai buku di perpustakaan.
            Beberapa orang pustakawan yang bertanggungjawab bertugas di perpustakaan.Mereka membantu guru menyusun,membalut dan merekod buku-buku baru.Semua urusan perpustakaan dilaksanakan dengan komputer.
            Saya sentiasa berkunjung ke perpustakaan untuk membaca.Membaca menambahkan ilmu pengetahuan saya agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.








Contoh karangan 7:Laporan lawatan ke kilang nanas


                                                      Karangan 7 : Laporan Lawatan

Laporan Lawatan Ke Kilang

            Pada 12 Julai 2015 yang lepas,Persatuan Sains SJK © Pu Sze telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Nanas Lee Rubber.Kilang nanas tersebut terletak di Skudai.Kami menaiki bas sewa yang berhawa dingin ke sana.
            Rombngan kami terdiri daripada 30 orang murid dan empat orang guru pengiring.Kami diketuai oleh Cikgu Qiaokelic Tan.Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dan membolehkan murid melihat bagaimana nanas diproses.
            Setibanya di destinasi,pengurus kilang ,Encik Ooi menyambut kami dengan tangan terbuka.Beliau memberi taklimat ringkas kepada kami.Kami diingatkan supaya mematuhi peraturan kilang semasa berada di dalam kilang.Kemudian,beliau membawa kami melawat kilangnya.
            Rombongan kami dibawa melawat setiap bahagian kilang mengikut kumpulan.Kami melihat bagaimana nanas dipotong,diproses dan ditinkan.Encik Lim juga memberi  penerangan kepada kami.Kami pasang telinga dan mendengar dengan teliti.Selain itu,kami juga menonton tayangan video dan melihat pameran perusahaan nanas di sana.
            Sebelum meninggalkan kilang,kami menikmati jus nanas yang enak.Encik Lim juga menghadiahkan nanas dalam tin kepada kami.Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau.Kami berasa gembira menerima buah tangan.
            Rombongan kami tiba di pekarangan sekolah pada waktu tengah hari.Lawatan ini telah meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kami.


Disediakan oleh,                                                                                                                        18 JULAI 2015.

______________
(TANG TING TONG)
Setiausaha
Persatuan Sain
SJK ( C ) Pu Sze.


Wednesday 18 July 2012

Latihan Nilai Murni 4

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Yuan Ni menaiki bas ke hospital.Dia ingin melawat kawannya,Salmi yang terlantar di hospital kerana kemalangan.Yuan Ni membawa buah tangan semasa melawat Salmi di hospital.
          Ketika sampai di hospital,seorang jururawat sedang memberikan ubat kepada Salmi.Setelah selesai makan ubat,Salmi bersalaman dengan Yuan Ni.Salmi mengucapkan terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang menziarahinya.Kemudian,Yuan Ni menolong mengupas buah epal untuk Salmi.
          Tidak lama kemudian,guru serta kawan-kawan lain tiba.Yuan Ni dan Salmi bersalaman dengan mereka.Salmi menceritakan peristiwa kemalangan yang menimpanya tempoh hari kepada guru an rakan-rakannya.Pada hari kemalangan,sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju oleh seorang pemuda merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.Guru-guru dan rakan-rakan berharap agar Salmi akan cepat sembuh.

Contoh Ulasan:
          Kita patut prihatin seperti Yuan Ni melawat kawannya,Salmi yang terlantar di hospital kerana kemalangan.Seterusnya,kita perlu murah hati dengan membawa buah tangan semasa melawat kawan di hospital.Selain itu,kita hendaklah berbudi bahasa seperti Salmi mengucapkan terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang menziarahinya.Akhir sekali,kita perlu menjaga keselamatan dengan tidak mencontohi pemuda yang menunggang motosikal dengan laju lalu merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.

Contoh Karangan 6 : Perhimpunan Di Sekolah Saya


                                      Karangan 6 : Perhimpunan Sekolah Saya

           Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Isnin.Selepas loceng berbunyi,murid-murid beratur dan berkumpul di dewan mengikut kelas masing-masing.

            Pada mulanya,murid-murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor.Serentak itu, Jalur Gemilang dinaikkan oleh pengawas.Kemudian,ketua pengawas mengetuai semua murid melafazkan ikrar.Murid-murid membaca ikrar dengan penuh semangat.
            Selepas itu,guru penolong kanan membuat beberapa pengumuman.Beliau selalu menasihati murid-murid agar mematuhi peraturan  dan menjaga kebersihan sekolah.Murid-murid pasang telinga dan mendengar dengan teliti semasa guru berucap.
            Kemudian,Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapannya.Beliau menasihati murid supaya rajin belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Guru Besar juga menyampaikan hadiah kepada murid yang mencapai kejayaan.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang telah mengharumkan nama sekolah.
            Semasa perhimpunan diadakan,guru bertugas mengawal disiplin murid di dewan.Murid-murid senyap dan berdisiplin semasa perhimpunan dijalankan.Perhimpunan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah dan lagu 1 Malaysia.
Selepas bersurai,murid-murid beratur dengan tertib untuk pulang ke bilik darjah masing-masing.




Contoh Karangan 5 : Temasya Sukan Tahunan Sekolah

 

                                                       Karangan 5: Temasya Sukan Sekolah Saya         

             Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
            Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.
            Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan  tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.
            Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana  di padang riuh-rendah dan meriah.
            Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa.
            Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

Contoh Karangan 4 : Melawat Ke Pameran Buku


                                                 Karangan 4 : Melawat ke Pameran Buku

           Pada cuti sekolah yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke pameran  buku.Pameran buku tersebut diadakan di dewan sekolah saya yang besar dan berhawa dingin.Kami menaiki kereta  bapa ke sana.

            Setibanya di destinasi,kelihatan ramai pengunjung telah membanjiri dewan sekolah.Saya dapat melihat banyak murid ditemani ibu bapa masing-masing.Mereka sedang memilih dan membeli buku.Suasana di pameran buku sungguh riuh dan meriah.
            Terdapat pelbagai bahan bacaan dipamerkan di sana.Antaranya termasuklah buku rujukan,buku cerita,majalah,ensiklopedia  dan sebagainya.Semua bahan bacaan tersusun rapi di atas rak buku dan meja.Selain itu,alat tulis dan kamus elektronik juga dipamerkan di sana.

            Tujuan diadakan pameran buku adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid .Banyak penerbit buku menyertai pameran tersebut.Semua buku diberi potongan harga istimewa.Para pengunjung berasa gembira  berpeluang membeli bahan bacaan bermutu dengan harga yang berpatutan.
            Saya telah membeli sebuah ensiklopedia dan dua buah buku rujukan UPSR manakala kakak pula membeli buku cerita dan alat tulis.Emak juga berjaya memperoleh dua buah buku resipi yang digemarinya.Kemudian,kami sekeluarga membayar harga di kaunter.Kami berpuas hati dengan buku yang kami beli.
            Selepas itu,kami sekeluarga pulang ke rumah dengan perasaan gembira.Lawatan ke pameran buku telah menambahkan pengetahuan kami.

Salam sejahtera murid-murid Cikgu Tan

     Masa berlalu begitu cepat sekali,peperiksaan UPSR 2012 hampir menjelang! Minggu depan 24 Julai 2012 peperiksaan percubaan UPSR akan bermula. Sudahkah murid-murid bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut?
     Cikgu yakin murid-murid telah bersedia ya? Di sini,Cikgu Tan berharap semua murid dapat mengulang kaji pelajaran sepenuhnya agar mampu memperoleh keputusan yang cemerlang nanti! Malaysia boleh,murid-murid mesti BOLEH!

Wednesday 30 May 2012

Latihan : Kata Hubung

Pilih dan isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

( walaupun   supaya   kerana   tentang   untuk   melainkan   sehingga
   manakala   sementara   sambil   sebelum    ketika   selepas   sekiranya   )

1. Ampaian itu akan dicat ______________ tidak mudah berkarat.
2. Janganlah sentuh suis elektrik ____________ tangan kamu basah.
3. Dia gemar membaca ______________ adiknya pula suka mengumpul setem.
4. Puan Minah menjemur pakaian pada setiap hari ____________ hari hujan.
5. Mereka sedang berbincang ______________cara mengatasi masalah yang dihadapi.
6. Semua murid menumpukan perhatian ____________ guru mengajar.
7. Kami membaca buku cerita _____________ menunggu guru masuk ke kelas.
8. Lif itu tidak boleh digunakan hari ini ____________ sudah rosak.
9. Resit tidak akan dikeluarkan ____________ bayaran dibuat.
10. Dia masih dahaga ______________ telah menghabiskan segelas air tadi.

Contoh Karangan 3: Ke Dusun Buah-buahan


           Karangan 3: Ke Dusun Buah-buahan

       Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
          Setibanya di destinasi,datuk menyambut kami dengan tangan terbuka.Kemudian,beliau membawa kami melawat dusunnya.Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk.Antaranya termasuklah pokok durian,pokok manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
         Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah durian sungguh harum dan enak.Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan galah yang panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat.
          Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek buah durian untuk kami.Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
          Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan.Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.
           Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.

Friday 18 May 2012

Ribuan Terima kasih

Cikgu Tan ingin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid kerana memberikan hadiah dan kad ucapan Hari Guru kepada cikgu.Cikgu Tan menghargai setiap pemberian murid.Terima kasih!Cikgu Tan berharap agar murid-murid dapat belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Rajin berusaha tangga kejayaan!...jiayou...jiayou!

                                                                    Hadiah Hari Guru

Saturday 12 May 2012

Selamat Hari Guru

Tema Hari Guru 2012:
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Wednesday 9 May 2012

Bahagian C (Ujian Diagnostik 2)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

      Encik Chan ialah seorang pemandu teksi.Dia bekerja setiap hari untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.Encik Chan merupakan seorang pemandu teksi yang baik.Dia tidak pernah mengambil kesempatan atau mengenakan tambang yang terlalu tinggi kepada penumpang teksinya.
      Pada suatu hari,Encik Chan telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya.Encik Lim dan keluarganya telah melawat Encik Chan di hospital.Mereka membawa sebakul buah-buahan sebagai buah tangan.Encik Lim bertanya khabar Encik Chan.Beliau juga menasihati Encik Chan supaya mengikut nasihat doktor dengan memakan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.
      Encik Chan mengucapkan terima kasih kepada Encik Lim dan keluarganya kerana sudi meluangkan masa untuk melawatnya di hospital.

Contoh Jawapan:
       Kita hendaklah bertanggungjawab seperti Encik Chan bekerja setiap hari untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.Seterusnya,kita patut prihatin seperti Encik Lim dan keluarganya melawat Encik Chan di hospital.Selain itu,kita juga perlu bermurah hati seperti Encik Lim dan keluarganya membawa sebakul buah-buahan sebagai buah tangan semasa melawat Encik Chan di hospital.Akhir sekali,kita patut berbudi bahasa seperti Encik Chan mengucapkan terima kasih kepada Encik Lim dan keluarganya yang sudi melawatnya di hospital.

Bahagian A (Bina 5 Ayat)

Berikut ini ialah kertas Ujian Diagnostik 2 BM Kertas 2
Soalan Ujian Diagnostik 2 (Mei) Tahun 6 2012





Contoh jawapan murid:
1.Encik Lee duduk di atas bangku sambil membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini.
2.Ah Seng minum jus oren untuk menghilangkan dahaga manakala adiknya menikmati setongkol
   jagung yang enak.
3.Faizal dan kawannya menunggang basikal dengan berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri.
4.Ali dan adiknya mengayun buaian sambil berbual-bual dengan gembiranya.
5.Encik Wong dan isterinya berjoging di taman rekreasi untuk menyihatkan badan.

Sunday 6 May 2012

Aktiviti Murid dalam Bilik Darjah

Murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Pertandingan Membina Ayat

Berikut ini disenaraikan ayat majmuk yang dibina oleh murid-murid 6B dalam Pertandingan Membina Ayat dengan kata kerja antara kumpulan tempoh hari. Tahniah!!

1.Abang saya melayari internet dengan komputer ribanya untuk mencari maklumat.
2.Emak yang bercermin mata membaca surat khabar di ruang tamu untuk mengetahui berita terkini.
3.Nenek dan datuk duduk berehat di atas sofa sambil menonton rancangan televisyen yang menarik.
4.Lili yang rajin mengulang kaji pelajarannya untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
5.Adik bongsu saya yang comel itu bermain anak patung dengan gembiranya.
6.Kakak berhati-hati semasa menjahit baju yang koyak itu dengan mesin jahit.
7.Siew Leng menyapu dedaun kering agar halaman rumah kelihatan bersih.
8.Ali membersihkan longkang yang tersumbat agar nyamuk tidak membiak.
9.Emak menanam pokok bunga yang cantik untuk mengindahkan kawasan rumah.
10.Abu menolong ibu menyiram pokok bunga supaya kelihatan segar dan subur.
11.Ibu menyidai pakaian yang baru dicucinya di ampaian ketika cuaca panas.
12.Ali dan adiknya menikmati kuih-muih yang terhidang di atas meja.
13.Kakak menyiang ikan yang segar sebelum dimasak kari untuk makan malam.
14.Bapa minum segelas jus oren untuk menghilangkan kehausannya.
15.Aileng membantu ibunya menghidangkan makanan yang enak dan berkhasiat.
16.Ali menghias ruang tamu dengan belon-belon yang berwarna-warni.
17.Siti  menggunakan pisau yang tajam untuk menghiris bawang.
18.Emak mereneh sup ayam manakala kakak menggoreng ikan di dapur.
19.Faizal dan adiknya membaca novel yang menarik untuk mengisi masa lapang mereka.
20.Ibu saya memotong sayur-sayuran yang segar dengan berhati-hati supaya tidak tercedera.

Saturday 5 May 2012

Perhatian untuk murid-murid

Ada murid yang bertanya kepada Cikgu Tan di mana letaknya contoh bina ayat dalam blog ini.
Murid-murid,click older posts di bawah sebelah kanan,murid-murid boleh layari bahan-bahan yang cikgu postkan sebelum ini.Cikgu akan cuba membuat page tersendiri untuk latihan tertentu untuk kemudahan murid-murid kemudian.Bersabarlah,murid-murid!
Syabas,murid-murid 6B!

Latihan Nilai Murni 3 (UPSR 2009)

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu tidak lebih daripada 40 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

      Kita harus sedar bahawa sekolah ialah tempat untuk menuntut ilmu.Sebagai murid,kita mesti memberikan perhatian semasa guru mengajar.Dengan cara ni,kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar.
      Kerja rumah yang diberikan oleh guru perlulah disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Kita juga perlu membuat banyak latihan untuk menambahkan kefahaman.Sekiranya kita menghadapi masalah,bertanyalah kepada guru atau rakan-rakan.Selain itu,kita perlu belajar mengikut jadual waktu yang dietapkan.
     Melalui cara ini,kita akan memperoleh kejayaan.Apabila berjaya,jangan sekali-kali kita melupakan jasa ibu bapa dan guru-guru.

Contoh Jawapan:

     Kita hendaklah berdisiplin dengan memberikan perhatian semasa guru mengajar.Kita juga patut bertanggungjawab dengan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.Selain itu,kita juga perlu rajin dengan membuat banyak latihan untuk menambahkan kefahaman.Di samping itu,kita mesti mengenang budi dengan tidak melupakan jasa ibu bapa dan guru-guru apabila kita berjaya.

Friday 4 May 2012

Jawapan untuk Latihan Nilai Murni 1 dan 2

Murid-murid,inilah  contoh jawapan untuk latihan.Semaklah jawapan !
Tahniah  diucapkan  jika murid telah menjawab soalan dengan tepat.Kalau salah jawab,gandakan usaha kamu!Jangan putus asa ya!
Malaysia BOLEH!Murid-murid Cikgu Tan juga BOLEH!

Berikut ini disertakan contoh jawapan

Latihan Nilai Murni 1:                                           Latihan Nilai Murni 2:

1.berdisiplin                                                          1.baik hati
2.rajin/bertanggungjawab/bertimbang rasa          2.menjaga keselamatan
3.berbudi bahasa                                                   3.bertimbang rasa
4.berjimat cermat                                                  4.jujur
5.menjaga kebersihan                                           5.menjaga keselamatan
6.menghargai masa                                               6.menjaga kebersihan
7.prihatin/baik hati                                                7.rajin
8.menjaga kesihatan                                              8.prihatin
9.murah hati                                                           9.berjimat cermat
10.cinta akan negara                                              10.menjaga kesihatan

Contoh Karangan 2:Kegunaan Komputer

           Komputer merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan teknologi.Komputer mempunyai banyak kegunaannya.
           Kita boleh melayari internet dengan komputer.Melalui internet,kita boleh melayari pelbagai laman web unruk memperoleh maklumat.Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kita.Dengan itu,kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
           Selain itu,kita boleh menggunakan komputer untuk menulis laporan dan membuat projek kerja sekolah.Laporan yang ditaip dengan komputer boleh disimpan,dibetulkan dan dicetak.Data-data yang disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.Semua ini menjimatkan masa dan memudahkan kerja kita.
            Di sekolah,guru menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran.Grafik dan illustrasi yang beranimasi dan berwarna-warni menarik minat murid-murid.Dengan itu,murid-murid boleh menguasai kemahiran dengan baik.Justeru,mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
           Kita juga boleh mendapat hiburan dengan komputer.Untuk mengurangkan tekanan hidup dan menghiburkan diri,kita boleh menonton video,mendengar muzik dan bermain permainan komputer.Selain itu,kita juga boleh menggunakan komputer untuk menghubungi kawan-kawan dan berbual-bual dengan mereka yang jauh dengan rangkaian sosial Facebook.
           Kesimpulannya,komputer memberi banyak manfaat kepada kita.Komputer menjadikan hidup kita lebih selesa dan bermakna.
          

Contoh Karangan 1:Aku sebuah Komputer Riba

Karangan ini ditulis oleh murid 6D(2011):Sia Wei Cong.

           Aku sebuah komputer riba yang berjenama HP.Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang terletak di Johor Bahru.Aku berbentuk segi empat dan berwarna hitam.Aku merupakan hasil ciptaan canggih pada era kemajuan sains dan teknologi.
            Selepas siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak.aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah kedai komputer dengan lori yang besar.Aku dipamerkan di dalam almari kaca.Aku diletakkan tanda harga RM 2499.Di sana,aku berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan aku yang berjenama lain.Kami mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.
            Pada suatu hari,seorang wanita berkunjung ke kedai komputer tersebut.Dia ingin membeli komputer untuk anaknya sebagai hadiah hari jadi.Selepas mendengar penerangan penjual komputer ,dia tertarik oleh kecantikan dan keistimewaan aku lalu memilih aku.Aku dibeli dan dibawa pulang ke rumah.Kehadiran aku disambut oleh ahli keluarganya dengan tangan terbuka.
          Tuan aku bernama Bin Quan.Dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.Tuan aku menggunakan aku untuk melayari internet,mambuat projek sekolah,bermain permainan komputer atas talian dan sebagainya.Aku berasa bangga dan gembira kerana dapat bergembira bersama tuan aku.
           Bin Quan menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh.Setiap kali selepas menggunakan aku,dia akan menutup aku dengan penutup plastik.Tuan aku mengelap aku pada setiap hujung minggu.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat.
            Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku.Aku berjanji akan terus berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. 

Friday 27 April 2012

Johan dan Naib Johan Pertandingan Menulis Kata kerja

Johan:kumpulan Sakai.Tahniah!


 Naib Johan:kumpulan Uranus.Tahniah!

Latihan Nilai Murni 2

Berdasarkan ayat-ayat berikut,nyatakan nilai murni yang sesuai.

1. Kim Seng membantu orang tua melintas jalan raya.
    _________________________________________

2. Ramesh menggunakan jejantas ketika melintas jalan raya.
    ______________________________________________

3. David memberi tempat duduk kepada wanita yang hamil itu.
    ________________________________________________

4. Alice tidak pernah bercakap bohong kepada ibunya.
    _________________________________________

5. Azmi menunggang basikal dengan berhati-hati.
    ______________________________________

6. Chung mengelap meja yang kotor.
    ____________________________

7. Janus mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
    _______________________________________

8. Encik Ho melawat jirannya yang sakit di hospital.
    ________________________________________

9. Julia dan adiknya membawa bekalan makanan ke sekolah setiap hari.
   ________________________________________________________

10. Jun Rong tidak membeli makanan ringan di kantin.
      _________________________________________

  

Monday 23 April 2012

Latihan Nilai Murni 1

Berdasarkan ayat-ayat berikut,nyatakan nilai murni yang sesuai.

1. Murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
   ______________________________________________

2. Ali membantu bapanya mencuci kereta pada hujung minggu.
    ________________________________________________

3. Siti mengucapkan terima kasih semasa menerima hadiah daripada Cikgu Lee.
    _____________________________________________________________.

4. Kakak menyimpan wang sakunya di dalam tabung.
    ________________________________________

5. Pekerja kantin membuang sampah ke dalam tong sampah.
    ______________________________________________

6. Kim Seng membaca buku cerita sementara menanti bas tiba.
    ________________________________________________

7. Raju memimpin orang buta melintas jalan raya yang sibuk.
    _______________________________________________

8. Faizal dan abangnya berjoging di taman rekreasi setiap pagi.
    _______________________________________________

9. Encik Lim menyumbangkan RM 200 kepada mangsa banjir .
    ________________________________________________

10. Murid-murid berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.
      __________________________________________________

Saturday 21 April 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Untuk BM Tahun 6




Rancangan Pengajaran Harian





Tarikh/Hari :    5 April 2012( Khamis)                         Masa :8:30pagi---9.00pagi


Kelas :               6B                                                        Bil. Pelajar : 40 orang


Mata Pelajaran :   Bahasa Melayu


Tajuk :  Taman Rekreasi


Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat:


1.      Menyatakan aktiviti atau kata kerja yang terdapat dalam gambar..


2.      Menggunakan kata hubung untuk membina ayat majmuk.


3.      Membina ayat majmuk yang gramatis.


Fokus Utama :7.1 Aras 2(i) Menjelaskan maksud tersurat berdasarkan bahan grafik.


Fokus sampingan:8.1 Aras 3(i) Membina ayat majmuk dengan peluasan subjek dan predikat.    


Pengetahuan Sedia Ada :


                1.Murid telah pernah berkunjung ke taman permainan.


                2.Murid telah mempelajari kata hubung.


                3.Murid telah dapat membina ayat tunggal.


Konsep : Kata hubung,ayat tunggal dan ayat majmuk.


Bahan : kad-kad  perkataan,,gambar, kertas manila,pen marker.


Nilai : Menjaga kesihatan, bekerjasama.


Tatabahasa : Kata kerja (mengayun meluncur bermain membaca berkejar-kejaran)


                     Kata hubung (untuk kerana sambil manakala)  


Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir: menjana idea dan menghubungkait idea.
Kemahiran melihat,mendengar dan menulis.         


Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti   Pengajaran
Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid


Set Induksi
( 3 minit )

Kata Hubung

1.Guru menyoal tentang kata hubung yang telah dipelajari


2.Guru bertanya tentang kegunaan kata hubung dalam ayat.

1.Murid angkat tangan untuk memberikan respon.

2.Murid menjawab kegunaan kata hubung iaitu untuk menyambungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Contoh kata hubung yang diberi:
untuk ,dan,kerana,
sambil dsb.


Langkah 1
(4minit)









Membina ayat majmuk dengan kata hubung yang telah dipelajari.


1.Guru menunjukkan satu ayat tunggal pada papan tulis.

2.Guru meminta murid membina ayat majmuk dengan kata hubung yang ditunjukkan.

 3. Guru membimbing murid membina ayat majmuk dengan kata hubung tertentu.





1.Murid perhatikan ayat dan cuba berfikir ayat majmuk yang boleh dibina.


3.Murid cuba membina ayat majmuk dan guru membantu.



Contoh ayat tunggal:
Ali membaca buku  di perpustakaan.

Ayat majmuk:

Ali membaca buku di perpustakaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Langkah 2
(8minit)

Menyenarai aktiviti dalam gambar.

1. Guru menampalkan gambar taman permainan pada papan tulis.

2.Guru mengarahkan murid  perhatikan gambar dan menulis aktiviti yang terdapat dalam gambar.

3.Guru berbincang dengan murid tentang aktiviti dalam gambar.


1.Murid perhatikan gambar .



2.Murid tampil ke depan untuk menulis jawapan pada papan tulis.


3.Murid mendengar penerangan guru.

Gambar taman permainan ditampalkan.

Aktiviti dalam gambar:
~mengayun buaian
~meluncur papan gelongsor
~membaca buku
~berkejar-kejaran
~bermain layang-layang.


Langkah 3
(8minit)


Membina ayat majmuk dalam kumpulan


1.Guru mengedarkan kertas manila dan mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan.

2.Guru memberikan keterangan.

3.Guru meronda dan memberi bimbingan di mana perlu.



1.Murid duduk dalam kumpulan untuk mengadakan perbincangan.

2.Murid berbincang dan membina ayat majmuk berpandukan gambar.

3.Ketua kumpulan menulis ayat majmuk pada kertas manila.


Langkah 4
(5 minit)

Membentang hasil perbincangan

1.Guru mengumpul hasil perbincangan murid.

 2. Guru menampalkan hasil perbincangan kumpulan pada papan tulis untuk tatapan bersama.

3.Guru berbincang bersama murid dan membetulkan kesilapan ayat.

1. Murid membaca ayat-ayat yang dibina oleh kawan.

 2.Murid mendengar penerangan guru dan membetulkan kesilapan ayat bersama-sama.

Menjana idea

Perbincangan
kumpulan

Penutup
(2 minit)

Membuat rumusan pelajaran.

1. Guru membuat kesimpulan dan penutup kognitif.

2. Guru memberi tugasan bina ayat sebagai pengukuhan di rumah.                             

1. Murid mendengar rumusan guru.

2.Murid diberi lembaran kerja bina lima ayat berpandukan   gambar taman permainan senagai kerja rumah.

Lembaran Kerja diberi sebagai latihan pengukuhan.





Impak/Refleksi :  Didapati suasana agak bising semasa sesi perbincangan.Terdapat juga murid yang tidak bergerak aktif semasa aktiviti berbincang.40/40 murid menguasai kemahiran membina ayat majmuk dengan kata hubung.Latihan pengayaan akan diberi.


Latihan pengukuhan murid
Bina lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.