Friday 4 May 2012

Contoh Karangan 2:Kegunaan Komputer

           Komputer merupakan sejenis alat ciptaan elektronik yang canggih pada era sains dan teknologi.Komputer mempunyai banyak kegunaannya.
           Kita boleh melayari internet dengan komputer.Melalui internet,kita boleh melayari pelbagai laman web unruk memperoleh maklumat.Ini boleh meluaskan pandangan dan menambahkan pengetahuan kita.Dengan itu,kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
           Selain itu,kita boleh menggunakan komputer untuk menulis laporan dan membuat projek kerja sekolah.Laporan yang ditaip dengan komputer boleh disimpan,dibetulkan dan dicetak.Data-data yang disimpan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.Semua ini menjimatkan masa dan memudahkan kerja kita.
            Di sekolah,guru menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran.Grafik dan illustrasi yang beranimasi dan berwarna-warni menarik minat murid-murid.Dengan itu,murid-murid boleh menguasai kemahiran dengan baik.Justeru,mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
           Kita juga boleh mendapat hiburan dengan komputer.Untuk mengurangkan tekanan hidup dan menghiburkan diri,kita boleh menonton video,mendengar muzik dan bermain permainan komputer.Selain itu,kita juga boleh menggunakan komputer untuk menghubungi kawan-kawan dan berbual-bual dengan mereka yang jauh dengan rangkaian sosial Facebook.
           Kesimpulannya,komputer memberi banyak manfaat kepada kita.Komputer menjadikan hidup kita lebih selesa dan bermakna.
          

9 comments: