Saturday 14 April 2012

Latihan 1 (Kata Hubung)

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

( manakala, sejak, sementara, kerana, kecuali, untuk, atau, supaya, tetapi, jika )

1. Aini menjadi pendiam _______________ kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan.

2. Abang saya  menggemari kebanyakan buah-buahan_____________durian.

3. Ali membaca buku cerita yang menarik ________________ menunggu bas tiba.

4. Kakak menghidangkan makanan ______________ adik membina istana pasir di pantai.

5. Mei Lee pandai bermain piano _____________ tidak pandai menyanyi.

6. Janet belum membuat keputusan sama ada dia akan ke Kuala Lumpur _________ tidak.

7.Ramlah akan melancong ke Langkawi _________ dia mempunyai wang yang mencukupi.

8. Kok Seng dimarahi gurunya _____________ dia selalu datang lambat ke sekolah.

9. Cikgu Tan selalu menasihati murid-murid ____________ rajin belajar.

10. Tujuan diadakan pertandingan bercerita adalah ___________ mencungkil bakat murid.

1 comment:

  1. Latihan kata hubung yang dibuat oleh cikgu sesuai untuk digunakan oleh murid-murid. Saya juga tumpang sekaki kalau memerlukan latihan ini untuk membantu murid-murid saya agar dapat maju dalam pelajaran. Tambahlah latihan lagi cikgu supaya dapat dikongsi dengan kawan-kawan yang lain.

    ReplyDelete