Untuk memperoleh markah yang tinggi dalam Bahagian A (Bina 5 ayat) kertas 2 Bahasa Melayu UPSR, murid-murid digalakkan membina ayat majmuk yang gramatis dengan perluasan subjek dan predikat serta penggunaan kata hubung yang sesuai.
Berikut ini disertakan beberapa contoh penggunaan kata hubung dalam ayat majmuk.
1. Mei Ling yang berkaca mata itu membaca buku cerita di bilik bacaan.
2. Abang saya melayari internet untuk mencari maklumat tentang hidupan laut.
3. Bapa membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini yang berlaku di dalam dan di luar negara.
4. Datuk duduk berehat di sofa sambil menonton rancangan televisyen yang menarik.
5. Siti membaca majalah yang dipinjam dari perpustakaan sementara menunggu bas tiba.
6. Bapa mengajar adik berenang manakala emak sibuk menghidangkan makanan di pantai.
7. Raju menunggang basikal dengan berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri.
8. Murid-murid mencuci tangan sebelum menikmati makanan di kantin.
9. Puan Wong dan Puan Minah berbual-bual tentang pelajaran anak mereka.
10. Guru Besar menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
jikalau menggunakan perkataan lalu
ReplyDeleteok lah
ReplyDeleteok lah
ReplyDeletebodo
ReplyDeleteTk boleh nk cakap
DeleteOk lah
ReplyDeleteBodo la
ReplyDelete