Thursday, 19 April 2012

Latihan Bina Ayat 4

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Contoh Jawapan Bina Ayat 4

1.Emak melipat pakaian yang telah kering sebelum disimpan di dalam almari.
2.Siti mengajar adiknya membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
3.Bapa membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini.
4.Kakak menatang secawan air menuju ke ruang tamu untuk diberi kepada bapa.
5.Abang berdiri di atas bangku untuk menggantungkan gambar pada dinding ruang tamu.

8 comments: