Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
( manakala, sejak, sementara, kerana, kecuali, untuk, atau, supaya, tetapi, jika )
1. Aini menjadi pendiam _______________ kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan.
2. Abang saya menggemari kebanyakan buah-buahan_____________durian.
3. Ali membaca buku cerita yang menarik ________________ menunggu bas tiba.
4. Kakak menghidangkan makanan ______________ adik membina istana pasir di pantai.
5. Mei Lee pandai bermain piano _____________ tidak pandai menyanyi.
6. Janet belum membuat keputusan sama ada dia akan ke Kuala Lumpur _________ tidak.
7.Ramlah akan melancong ke Langkawi _________ dia mempunyai wang yang mencukupi.
8. Kok Seng dimarahi gurunya _____________ dia selalu datang lambat ke sekolah.
9. Cikgu Tan selalu menasihati murid-murid ____________ rajin belajar.
10. Tujuan diadakan pertandingan bercerita adalah ___________ mencungkil bakat murid.
Latihan kata hubung yang dibuat oleh cikgu sesuai untuk digunakan oleh murid-murid. Saya juga tumpang sekaki kalau memerlukan latihan ini untuk membantu murid-murid saya agar dapat maju dalam pelajaran. Tambahlah latihan lagi cikgu supaya dapat dikongsi dengan kawan-kawan yang lain.
ReplyDelete